Empat kumpulan penyelesaian, enam perkhidmatan
Semuanya dibina daripada operasi anda sendiri. Kami tidak menjual templat umum.
Pemetaan & GIS
Sempadan dan bukti guna tanah, daripada dokumen tanah hingga peta yang boleh ditunjukkan kepada juruaudit atau pembeli.
- Peta sempadan digital (KML/KMZ) daripada geran tanah dan pelan ukur, dengan semakan luas
- Peta stakeholder dan jiran 5 km dengan penarafan risiko
- Review perubahan guna tanah berbanding cut-off date MSPO dan EUDR
- Saringan gambut, cerun, ketinggian dan zon sungai bagi kawasan penanaman
- Peta kawasan kajian High Conservation Value (HCV)
- Kiraan pokok dan kedudukan kosong selepas tanam semula
- Saringan indikatif berkos rendah. Tinjauan dron atau imej yang dibeli boleh ditambah apabila ketepatan peringkat ukur diperlukan.
Penjana & checker laporan
Laporan Social Impact Assessment dan HCV antara dokumen paling mencabar dalam pensijilan MSPO.
- Penjana membantu menyediakan laporan mengikut Procedure dan Guidelines MSPO
- Checker membuat review laporan sebelum audit, klausa demi klausa, dengan bukti dan muka surat bagi setiap finding
- Kiraan, status dan tindakan yang disyorkan untuk assessor, organisasi dan juruaudit
- Review kandungan sahaja. Bukan audit, dan bukan keputusan pensijilan.
Sokongan audit & NC
Kenal pasti jurang lebih awal. Beri maklum balas yang jelas terhadap finding dan tutup.
- Internal audit pada skop dan kedalaman yang sama seperti audit luar, dengan laporan penuh
- Maklumat lengkap bagi setiap finding: keperluan, bukti, jurang dan tindakan pembetulan beserta pemilik dan tarikh
- Dokumen untuk menutup jurang, ditulis berdasarkan operasi anda
- Sokongan untuk memahami finding, merancang tindakan pembetulan dan menyediakan maklum balas yang jelas
- Penggredan dan penutupan sentiasa kekal pada juruaudit dan badan pensijilan
Dokumen & latihan
Prosedur dan latihan yang sepadan dengan apa yang benar-benar dilakukan di tapak.
- Prosedur operasi standard dan prosedur operasi selamat
- HIRARC digital (hazard identification, risk assessment dan risk control)
- Pelan pengurusan, polisi dan penilaian aspek dan impak alam sekitar
- Kursus MSPO Awareness, Basic Social Impact Assessment dan Lead Auditor (program endorsed dan boleh tuntut HRDC, bersama OSHISIS)
- Latihan custom tentang stakeholder consultation, prosedur, HIRARC dan internal audit, berdasarkan operasi anda
- Video latihan yang dibina daripada prosedur anda sendiri, untuk kegunaan bilik latihan
Cara kami boleh bekerjasama dengan anda
Consultation
Membantu persediaan pensijilan MSPO di bawah Part yang terpakai kepada anda.
Dokumentasi
Prosedur, pelan, rekod dan peta, dibina daripada operasi anda.
Latihan
Kursus Awareness, Social Impact Assessment dan pengauditan, serta video latihan.
Internal audit
Laporan penuh dan pelan, supaya audit luar tidak mengejutkan.
Attend to audit
Untuk klien yang menggunakan perkhidmatan dokumentasi kami: kami bersama pasukan anda untuk membantu menjawab soalan juruaudit.
NC closure
Maklum balas yang jelas dan lengkap terhadap NC yang dibangkitkan oleh badan pensijilan.
Setiap Part MSPO, 2-1 hingga 4-3
Ladang (plantation)
Part 3-1 dan 3-2: sempadan, SIA dan HCV, tanam semula, data plot EUDR.
Mill, refinery dan dealer
Part 4-1 hingga 4-3: peta stakeholder dan rekod plot bagi buah tandan segar daripada pihak ketiga. Refinery dan trader boleh menjangka pembeli EU meminta maklumat peringkat plot di bawah EUDR. Kami membantu menyusunnya, dijejak kembali melalui mill dan pembekal.
EUDR polygon service →Kumpulan smallholder
Part 2-1 dan 2-2: daftar plot bagi banyak pegangan kecil.

